PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA KECACATAN SECARA UMUM

Punca-punca Berlaku Kecacatan Secara Umum 
Punca kecacatan pada kanak-kanak berkeperluan khas terbahagi kepada tiga. Antaranya ialah peringkat prenatal iaitu sebelum kelahiran bayi, peringkat perinatal iaitu semasa kelahiran bayi, dan peringkat pasca natal atau dikenali sebagai postnatal,yang merujuk kepada selepas kelahiran bayi. Semasa bayi berada dalam rahim ibu, pelbagai masalah yang boleh menjejaskan seseorang bayi mungkin timbul sehingga menyebabkan kelahiran menjadi masalah.

Peringkat Prenatal

Dalam peringkat prenatal, baka memainkan peranan yang amat penting. Hal ini kerana mutasi dalam kromosomlah yang menyebabkan berlakunya Sindrom Down atau Mongoloid. Kanak-kanak Sindrom Down ini mempunyai 47 kromosom berbanding dengan kanak-kanak normal yang mempunyai 46 kromosom. Istilah sindrom merujuk kepada symptom atau ciri-ciri yang menentukan sesuatu penyakit ataupun keadaan. Selain itu, jangkitan juga merupakan salah satu puncanya. Jangkitan ini akan menyebabkan kecacatan di bahagian otak dan sistem saraf sewaktu proses mengandung. Ibu yang menghidapi campak, rubella, atau siflis akan menyebabkan kecacatan embrio. Rubella merupakan sejenis demam campak manakala siflis ialah sejenis penyakit berjangkit melalui hubungan sulit.

Dalam peringkat prenatal, dadah dan alkohol juga menjadi punca berlaku ketidakupayaan pada bayi. Dadah dapat dijumpa dalam pelbagai bahan seperti bahan pembekuan, pencegahan pembekuan, steroid, kuinina, hormon, antibodi, dan autihistamin. Penggunaan dan pengambilan bahan ini oleh ibu yang sedang mengandung mestilah mendapat nasihat dan persetujuan daripada doctor. Alkohol boleh membantutkan tumbesaran janin. Contoh dadah dan ubat yang berbahaya ialah rokok, alcohol, dan logam yang berat plumbum. 
Dari segi pemakanan, kekurangan zat makanan sewaktu proses mengandung,tiada pemakanan yang seimbang, dan kekurangan vitamin serta protein juga akan mempengaruhi perkembangan janin.Selain pemakanan, bahan kimia atau sinaran X juga ialah punca yang tergolong dalam peringkat prenatal. Pencemaran alam sekitar oleh bahan kimia memberi kesan yang dalam kepada kesihatan. Bahan kimia tersebut akan masuk ke dalam tubuh melalui air, makanan, dan udara. Percubaan menggugurkan kandungan oleh ibu yang sedang mengandung tetapi gagal untuk menggugurkannya akan memberi kesan kepada bayi. Masalah mikroorganisma yang menganggu perkembangan janin dan fetus akan menyebabkan keabnormalan yang kekal seperti kerencatan mental. 

Peringkat Perinatal

Pelbagai masalah boleh timbul semasa kelahiran seseorang bayi iaitu semasa peringkat perinatal sehingga menyebabkan bayi itu dilahirkan cacat. Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang dan berat badan kurang daripada 2.5kg mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecacatan. Usia kandungan adalah penting kerana akan menentukan kematangan organ dalaman janin yang sedang berkembang. Kelahiran bayi pada usia kandungan 21-34 minggu, peluang untuk hidup adalah tinggi berbanding dengan bayi yang usia kandungan yang kurang atau lebih daripada itu. Punca utama bagi kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang serta penggunaan dadah dan merokok. 

Selain itu, ibu yang mengalami kesukaran melahirkan anak seperti terpaksa menggunakan forcep dan vakum semasa proses kelahiran berkemungkinan besar akan mengakibatkan kecacatan bayi. Penyakit herpes simplex iaitu penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks. Ibu yang menghidap penyakit ini terutamanya di bahagian genetalia mempunyai kemungkinan tinggi melahirkan bayi cacat. Kekurangan oksigen semasa kelahiran boleh mencederakan otak seseorang bayi sehingga menyebabkan kerencatan mental.

Peingkat Postnatal 

Bagi peringkat postnatal atau pasca natal, bayi yang dilahirkan tanpa sebarang kecacatan kurang upaya masih berkemungkinan mengalami kecacatan yang disebabkan oleh penyakit, keadaan persekitaran dan kemalangan. Penyakit tersebut adalah seperti penyakit Encephalitis yang disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan akan menyebabkan kerencatan otak jika tidak dirawat. Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang dijangkiti rabies. Penyakit Meningitis pula disebabkan oleh virus dan bacteria yang menyerang tisu otak dan tulang belakang. Tanda penyakit ini ialah demam, sakit kepala, sakit mata dan muntah. Sekiranya penyakit ini tidak dirawat dengan segera, kerencatan akal akan berlaku. 

Persekitaran seperti kehidupan keluarga yang miskin akan menyebabkan kekurangan kemudahan dan bahan untuk memperkembangkan fizikal dn mental. Kebanyakan saintis berpendapat bahawa IQ seseorang boleh berubah mengikut keadaan dan alam sekeliling. Pencemaran alam sekeliling juga boleh menyebabkan kerencatan mental kepada kanak-kanak yang terdedah dengan logam berat seperti plumbum dan merkuri melalui makanan atau pernafasan. Mereka akan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran, masalah emosi dan sebahagiannya akan mengalami kerencatan akal. Contoh bagi keracunan plumbum atau lead poisoning ialah seperti cat rumah,paip air dan petrol.

Sumber : http://www.scribd.com/doc/17192915/Punca-Kecacatan-Dan-Pencegahan